Sunday, April 23, 2017

ECRL PROJEK BERIMPAK TINGGI UNTUK RAKYAT




Kerajaan bersungguh melaksanakan pelbagai projek yang berimpak tinggi adalah untuk manfaat masyarakat setempat dan rakyat khususnya. Oleh itu pelbagai projek dilaksanakan terutama yang berskala besar adalah bagi membawa perubahan transformasi kepada landskap sosioekonomi negara yang mana ianya juga akan dinikmati oleh rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional hari ini bukan jenis yang berjanji kosong, apa yang dikatakan ianya akan dilaksanakan. Ini membuktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukanlah retorik semata-mata.

Contohnya projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 60km merupakan satu contoh projek infrastruktur berimpak tinggi atau InfraRakyat yang bakal mengubah sosioekonomi masyarakat di pantai timur. 

Soal selidik yang kerajaan telah jalankan menunjukan lebiih 96 peratus rakyat menyokong  projek ECRL ini kerana mereka sedar pulangan besar bakal menanti mereka selepas ianya berjaya dilaksanakan. Projek ini bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Ianya akan membuka peluang dan juga memberi pilihan kepada industri untuk mengeksport ba­rang­an sama ada ke Pelabuhan Kuantan di Pahang atau Pelabuhan Klang, di Selangor.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menjelaskan, sebagai sebuah kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memakmurkan negara disamping memastikan keperluan rakyat dipenuhi. "Kita hendak projek yang boleh mencetuskan perubahan besar yang dikatakan sebagai transformasi". kata Perdana Menteri.

Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan selama ini sudah pun mempunyai kemudahan jalanraya yang baik namun kemudahan ini perlu dipertingkatkan lagi bagi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi disana. 

Tahun 2017 ini akan membuka lembaran baru kepada negeri di Pantai Timur, laluan ECRL sepanjang 600 kilometer bakal menempatkan 23 stesen yang bermula dari Wakaf Baru hinggalah ke stesen Gombak dengan masa perjalanan lebih kurang 4 jam sahaja. 

ECRL ini jaga akan menghubungkan  pusat-pusat penindustrian utama dikawasan bandar. Penempatan stesen ECRL dirancang dengan strategik dibandar-bandar utama dengan perancangan pembangunan bandar yang berorentasikan pengangkutan. Antara di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan Sentral bakal membawa potensi pertumbuhan di setiap ibu negeri. 

Penggunaan kereta api ECRL sudah tentu akan mengurangkan penggunaan jalan raya, yang mana ianya akan menjimatkan banyak kos termasuklah aspek keselamatan iaitu mengurangkan kemalangan jalan raya.