Monday, March 6, 2017

RAKYAT KECAM, HINDRAF MULAI GERUN


Setelah menerima kecaman dari seluruh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, pemimpin Hindraf mulai rasa ketakutan dan gerun dengan suara Umat Islam. Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) P. Waytha Moorty mula mengendurkan suaranya  mengajak mufti Perlis dan presiden PAS, antara pengkritiknya, minum teh sambil berbincang mengenai Zakir Naik 23 Mac ini.

Moorty dalam satu surat terbukanya turut memanjangkan undangan kepada presiden Perkasa dan Pertubuhan Ikram Malaysia, yang turut mengkritik tindakan 19 pihak menyaman kerajaan Malaysia kerana mengalu-alukan pendakwah kontroversi itu ke negara ini.

Dalam pada itu pun dia cuba mengalih dan menyalahkan Mufti Perlis yang juga penasihat Sultan kononnya melancarkan kecaman berbaur fitnah jenayah terhahap Hindraf. Padahal merekalah yang memulakan "serangan fitnah jahat"  terhadap seorang cendiakawan terkemuka umat Islam, Dr. Zakir Naik yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Yang DiPertuan Agong. Tidakkah mereka juga boleh dikatakan menghina YDPA ? 

Sebenarnya merekalah yang memulakan fitnah jahat terhadap Tokoh Islam terkemuka dunia. Hindraf juga mendakwa kenyataan mereka dikelirukan dan menghampiri hasutan. 

Sebenarnya siapa yang menghasut dan siapa yang keliru ? Umat Islam atau Hindraf?  Memang pernah ada tuduhan Hindraf kononnya membuat pertemuan dan meminta bantuan dengan  kumpulan pengganas antarabangsa , tapi bolehkah hindraf menafikan perkara ini ? Kerana perkara ini pernah dibangkitkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Takkan polis Malaysia punya siasatan main tibai saja. Ini polis Malaysia tau, Korea Utara pun gerun dengan siasatan kita. 
Bolehkah rakyat Malaysia melupakan fitah yang dilakukan oleh Hindraf terhadap kerajaan Malaysia ? Mereka menuduh Malaysia melakukan penghapuskan etnik membunuh etnik India setiap hari oleh kerajaan Islam Malaysia ? Bolehkah kita percaya kepada orang yang menfitnah negara kita? 
Hindraf perlu bertanggungjawab jika berlaku ketengang antara kaum, dan seperti yang pernah disyorkan oleh perbuatan Hindraf ini perlu dibenteras sehabis-habisan kerana kenyataan mereka ini boleh menimbulkan pergeseran kaum dan agama. Malaysia perlu diselamatkan dari manusia seperti ini. Pencetus keganasan dan perbalahan kaum tidak diperlukan di Malaysia. 






No comments:

Post a Comment