Friday, March 10, 2017

MALAYSIA vs KOREA UTARA : BERENTAP ATAU TANGGUH ?



Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac ini, ditangguhkan kepada tarikh baharu yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut disahkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, menerusi satu kenyataan media.

“Jawatankuasa Pertandingan AFC pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia.


“Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac 2017 tetapi Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan selepas peningkatan ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

“Satu tarikh baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata AFC dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment