Malang tidak berbau, hajat dua beradik yang ingin membeli juadah minum petang selepas berniaga berakhir dengan tragedi. Mereka dilanggar sebuah komuter di Kilometer 29.51 berhampiran Stesen Kampung Jawa-Shah Alam lebih kurang pada jam 6.30 petang.
Mereka dikatakan baru sahaja selesai berniaga dan ingin membeli juadah dikedai seberang landasan keretapi tersebut. Malangnya keenganan mereka menggunakan jejantas yang disediakan mengundang padah apabila dilanggar komuter tersebut.
Menurut sumber, mereka berdua sudah biasa tidak menggunakan jejantas untuk ke kedai seberang. Mereka biasa menggunakan sebuah laluan kecil di tepi landasan berdekatan rumah mereka. Namun pada hari kejadian, ketika menyeberang landasan itu, sebuah komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Pelabuhan Klang telah melanggar kedua-dua mangsa.
Mangsa, Sabiran Musa, 40, dan adiknya Nizam Riduan, 36, tercampak kira-kira tiga meter dengan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kepala, kaki serta tangan. dan disahkan mati di tempat kejadian.
Hasil daripada siasatan, pihak polis mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Jawa di sini selepas selesai proses bedah siasat.
No comments:
Post a Comment