Friday, March 3, 2017

DIA NAK JADI KETUA MENTERI RUPANYA



Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pernah berjumpa beliau untuk meminta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri berkata, permintaan tersebut tidak boleh diterima kerana membuktikan Mohd. Shafie mempunyai cita-cita peribadi melebihi kepentingan parti dan rakyat.

"Saya tahulah dia datang beritahu mahu jadi Ketua Menteri Sabah. Ini cita-cita peribadi, pada saya cita-cita peribadi tidak boleh melebihi perjuangan rakyat.


"Kita menubuhkan parti yang murni dan mempunyai idealisme untuk memajukan rakyat, ini tiada kena mengena dengan hasrat peribadi," katanya ketika berucap di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini hari ini.

Najib berkata, setiap pemimpin UMNO sepatutnya fokus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat bukannya mengejar cita-cita peribadi dan menghasut rakyat untuk bersama-sama. - UTUSAN ONLINE