Sunday, April 3, 2016

KEPIMPINAN BN SARAWAK DIYAKINI RAKYAT

Ketua Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kepimpinan Ketua Menteri dalam memacu BN dan Sarawak dilihat amat disenangi dan menerima maklum balas positif daripada rakyat Sarawak yang majoritinya terdiri daripada pengundi wanita.

Dalam masa yang sama, beliau percaya kepimpinan BN di peringkat Sarawak yang ditunjangi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem akan mempertimbangkan hasrat agar lebih ramai pemimpin sayap itu diberikan peluang menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

#RakyatDidahulukan