Friday, April 1, 2016

APABILA 'BURQA' DIBANDINGKAN DENGAN NEGRO



Menteri Hak Asasi Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Laurence Rossignol dikecam selepas beliau membandingkan wanita Islam yang memakai burqa dengan 'negro yang menerima perhambaan'.
Selain dikecam beliau digesa supaya meletak jawatan walaupun dilaporkan telah memohon maaf kerana menggunakan perkataan ‘negro’ tersebut dan atas keterlanjuran kata-katanya.  

Kenyataan kesat dan sentimen perkauman itu menimbulkan kemarahan orang ramai  yang mendesak pengunduran beliau dengan mengadakan petisyen bagi tujuan tersebut. 
dikatakan ribuan orang telah menandatangani petisyen tersebut.
“Rossignol memberi kenyataan mengelirukan ketika ditanya mengena dei fesyen Muslim. Ia seperti mengaibkan wanita Islam dan golongan hamba,” kata penganjur petisyen itu yang dilancarkan menerusi laman change.org. 
Difahamkan, beberapa ahli politik di negara itu pernah menyuarakan pendapat kontroversi mereka terhadap kod pakaian Muslim.
Pada 2004, Perancis mengenakan larangan memakai hijab yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara itu. – 

No comments:

Post a Comment