Wednesday, January 6, 2016

SIAPALAH KITA ...???

Wanita yang tidak memakai tudung pun  seorang Islam  jika dia mengakui Allah Tuhannya dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.

Samalah juga wanita yang memakai tudung,  mereka pun seorang mukmin jika mengucap dua kalimah Syahadah.

Tidak ada sesiapa pun pernah mempertikai keIslaman wanita pramugari Islam yang tidak memakai tudung.

Oleh itu tidak menjadi isu pun jika ada pramugari yang ingin memakai tudung. Terpulang kepada majikan samaada ingin membenarkan atau pun tidak.

Yang akan membezakan mereka diakhirat nanti adalah amalan mereka masing- masing.  Jika mereka mengikut perintah Allah dengan ikhlas maka Selamatlah mereka. Jika tidak..... Terpulanglah kepada Allah untuk memberi ampun atau menghukum mereka.

Siapalah kita...???