Friday, January 8, 2016

RAKYAT SELANGOR MEMANG BIJAK PILIH PAKATAN



Sebenarnya sejak Pakatan PKR dan DAP mengambil alih kuasa di Negeri Selangor, pendapatan Rakyat Selangor semakin meningkat dan kehidupan mereka semakin maju.

Contohnya pendapatan Seorang rakyat Selangor yang bernama Azmin  Ali sahaja RM29,250,00 belum termasuk gaji sebagai ADUN 11 ribu lebih dan elaun-elaun sampingan.

Berbanding dengan pendapatan seorang Perdana Menteri Malaysia yang nilai gajinya tidaklah beberapa iaitu lebih kurang RM22,826,65.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat Selangor memang bijak memilih siapa yang layak menjadi pemimpin mereka.

Kita tidak pernah dengar ada rakyat Selangor yang miskin Papa kerana sejak Pakatan memerintah. Kalau tak percaya ....bacalah Selangorkini, sepatah haram kita tidak akan jumpa punya.

Bukan sahaja pendapatan rakyat Selangor saja yang meningkat, bahkan jumlah rakyat yang mendapat imbuhan dari nyamuk aedes pun meningkat lebih Tinggi dari negeri-negeri lain.

Mengikut statistik terkini sudah mencecah 54 ribu orang lebih ( sehingga November) sudah menerima aedes. Hampir 5 kali ganda besarnya dari jumlah yang terdapat di Negeri Johor.

Inilah salah  satu contoh tauladan yang baik untuk generasi kata akan datang bahawa Selangor Negeri yang terbaik.

Rakyat Selangor anda memang Bijak memilih.


http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2016/01/mcdonalds-dijamin-halal-100-oleh-jakim.html

No comments:

Post a Comment