Monday, January 11, 2016

DILEMA PAS

PAS  bermasalah dalam mengembalikan sikap rasional pengikut-pengikutnya bagi memahamkan keadaan suasana politik terkini yang berhadapan dengan cabaran yang getir.

Oleh itu saranan Tuan Guru Haji Hadi Awang untuk bersikap terbuka kerjasama dengan UMNO kelihatan berat diterima oleh pengikut-pengikut setianya kerana selama ini mereka telah banyak disuap dengan racun agar membenci UMNO lebih dari Zionis Israel.

Justeru itu, bagi melunakan sikit buah bicara, Tuan Guru Haji Hadi memberi tafsirannya bahawa kerjasama dengan UMNO adalah dalam hal kebaikan bukannya politik.

Walaupun tampak reda, tapi PAS amat gusar kerusi mereka di Selangor diancam DAP dan PAN tanpa berselindung lagi.

Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan arahan rasmi PAS bahawa Ahli dilarang sama sekali menyertai apa sahaja program yang dianjurkan oleh PAN.

Pemuda Selempang Merah (Bani Jawi) 

No comments:

Post a Comment