Friday, December 4, 2015

PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI


PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN 

DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN 


8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat


Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 

dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan 

melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian 

perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015. 

Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun 

semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan 

Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 

koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, 

Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor 

Damansara.



Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengurangkan masa menunggu bagi penumpang 

semasa waktu puncak dan juga akan melihat integrasi yang lebih efisien dengan mod 

pengangkutan awam lain bagi menyediakan mod perjalanan awal dan akhir kepada 

komuter. Ia juga direka untuk mengurangkan ketidakseimbangan perkhidmatan bas di 

Greater Kuala Lumpur dan pada masa yang sama membantu industri bas untuk kekal 

mampan dengan mengurangkan bilangan pengusaha bas daripada bersaing di laluan 

terpilih sahaja. 



Semua bas dalam rangkaian yang disusun semula ini juga akan dilengkapi secara 

berperingkat dengan Unit Onboard (OBU) sebagai peranti pengesanan GPS yang akan 

dipantau melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) yang diselia oleh Pusat 

Kawalan SPAD, bagi memastikan kebolehpercayaan dan kecekapan perkhidmatan.

Nombor laluan dan maklumat jadual bas akan dipaparkan dalam semua bas dan di panel 

maklumat yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Di bawah langkah ini, 3,000 

panel maklumat bas telah dijadualkan untuk dipaparkan di perhentian bas di sekitar 

Greater Kuala Lumpur pada tahun 2016. Sebanyak 3,700 panel maklumat lagi akan 

dipaparkan secara berperingkat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada 2017. 

"Penyusunan semula rangkaian bas ini akan menawarkan 241 laluan dengan 2,000 unit 

bas bagi menampung rangkaian yang lebih luas untuk 638,000 penumpang setiap hari. 

BNR juga akan melihat kapasiti bas meningkat di laluan yang mempunyai lebih 

penumpang dan pengenalan laluan baharu di kawasan yang kurang mempunyai 

perkhidmatan bas. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, jarak keseluruhan 

perkhidmatan bas akat meningkat kepada 9,202km, daripada daripada 7,643km 

sebelum ini. Ini merupakan salah satu perubahan yang paling transformatif dalam 

rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dalam usaha kami untuk meningkatkan 

kebolehpercayaan perkhidmatan bas dan membolehkan rakyat untuk menikmati akses 

pengangkutan awam yang lebih kerap dan lebih luas, "kata Tan Sri Dato Seri Dr. Syed 

Hamid Albar, Pengerusi, SPAD.







LEMBAH KLANG

MENERAJUI TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT


“BNR adalah salah satu inisiatif utama di bawah NKRA (UPT) bagi mempertingkatkan

mutu pengangkutan awam bandar. Dengan perlaksanaan BNR, 128 laluan utama di 

kawasan yang mempunyai permintaan perkhidmatan yang tinggi akan menikmati

kekerapan bas dari 5-30 minit pada waktu puncak, bergantung kepada keadaan lalu 

lintas. Manakala, 98 laluan tempatan akan menyediakan mod perjalanan awal dan akhir 

kepada penumpang bagi perjalanan jarak dekat. Selain daripada itu, 16 Bas Ekspres 

Transit (BET) akan menyediakan perkhidmatan ekspres ke pusat bandar pada waktu 

puncak melalui lebuhraya.


Laluan bas yang telah direka semula ini akan juga dilengkapi dengan sistem penomboran 

bas yang diselaraskan berdasarkan koridor bertujuan untuk memudahkan perjalanan 

penumpang. Bagi melengkapkan lagi penyusunan semula ini, perkhidmatan bas sebagai 

mod pengantara ke stesen rel dan terminal akan dipertingkatkan, " kata Mohd 

Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD.


Untuk melaksanakan proses penyusunan semula ini, pihak SPAD telah menjalankan 

beberapa siri tinjauan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk 

pengusaha pengusaha bas untuk menentukan bilangan operator untuk setiap laluan yang

terlibat. Proses ini juga telah mengambil kira rangkaian bas, kebolehpercayaan 

perkhidmatan bas, kawasan tumpuan pusat perniagaan dan perumahan yang sedia ada, 

dan bilangan penumpang bagi merekabentuk laluan bas yang lebih luas dengan 

mengurangkan pertindihan perkhidmatan. 

Sesi perjumpaan bersama orang awam juga telah diadakan sejak 23 November 2015 di 

semua 8 koridor. Satu siri pengumuman perkhidmatan awam juga akan dilaksanakan 

melalui stesen radio utama untuk meningkatkan kesedaran selanjutnya. Untuk 

maklumat lanjut tentang penyusunan semula rangkaian bas, pengguna digalakkan untuk 

melawat  www.spad.gov.my/BNR atau menghubungi 1-800-88-7723.




ARTIKEL BERKAITAN 





No comments:

Post a Comment