Menurut portal Mail Online, tempat kedua jatuh kepada Canselor Jerman, Angela Merkel, menggantikan tempat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, yang jatuh ke tangga ketiga.


Pope Francis mengekalkan kedudukan di tempat keempat, diikuti pemimpin China, Xi Jinping di tempat kelima.


Turut tersenarai dalam 10 nama teratas adalah Bill Gates, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen, Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.


Majalah itu mengeluarkan senarai 73 individu paling berkuasa di dunia bagi tahun ini mewakili 100 juta manusia berdasarkan undian daripada panel editor Forbes.

Beberapa kriteria yang diambil kira bagi pemilihan itu termasuk sumber kewangan, bidang tugas, penggunaan kuasa dan jumlah orang yang menerima kesan daripada setiap keputusan yang dibuat oleh individu terbabit. 
– AGENSI