Friday, November 6, 2015

KENAPA PANDIKAR MENGHALANG

Tony vs DAP vs Speaker Pandikar

1. Ramai org tdk faham kenapa mengapa speaker Pandikar Amin tidak mahu debat itu diadakan dan mengugut akan meletak jawatan jika debat itu diadakan.

2. Ianya disebabkan oleh faktor undang-undang.

(A) Arul Kanda, 1MBD dan Tony DAP adalah subjek dalam PAC.

(B) Arul adalah pihak disiasat dn Tony ialah pihak menyiasat.

(C) Pandikar pula sebagai Speaker Parlimen adalah orang yang akan membuat keputusan berkenaan laporan PAC itu dan kemudian persembahkan kpd DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

3. Jika debat Arul dan Tony diadakan juga, maka dari segi undang-undang  ia akan menyebabkan faktor:

PREJUDIS DAN SUBJUDIS KEATAS SIASATAN PAC KEATAS 1 MDB

DAN APABILA IANYA TERJADI SUBJUDIS DAN PREJUDIS , MAKA SEGALA FINDINGS DALAM LAPORAN SIASATAN ITU AKAN JADI TIDAK BERNILAI DAN AKAN MUDAH BOLEH DICABAR . LAPORAN ITU AKAN HILANG KELAYAKAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI DOKUMEN BERTARAF KERTAS PUTIH.

4. Arul telah meminta Tony meletak jawatan sebagai ahli PAC setelah dicabar Tony untuk berdebat kerana Tony boleh gunakan kekebalan sebagai ahli PAC untuk elakan daripada implikasi undang-undang jika info data yang Tony gunakan dalam debat itu tidak diperolehi secara sah dan tidak disahkan oleh mana mana agensi pihak berkuasa .

5. Saya tidak setuju debat itu diadakan diatas persepkrif undang-undang, saya sependapat dengan speaker Pandikar Amin.

TMX