Wednesday, October 28, 2015

BAJET 2016 : WARGA FELDA, BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN.


Setiap kali Bajet dibentangkan dalam parlimen, warga FELDA tidak pernah sekali tertinggal dari mendapat manfaat daripadanya. Begitulah betapa bertuahnya menjadi warga FELDA. Inilah berkat kesabaran yang selama ini mereka perjuangkan untuk anak cucu. 

Dalam pembentangan Bajet "Mensejahterakan  Kehidupan Rakyat", Perdana Menteri telah membuka satu lembaran baru kepada rakyat. Manfaat kesihatan, keselamatan dan kos sara hidup rakyat menjadi satu penekanan penting dalam usaha melestarikan kesejahteraan kehidupan rakyat. Kesejahteraan merujuk kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi dan fizikal.

Bagi warga FELDA, kesejahteraan kehidupan generasi kedua yang menjadi kebimbangan mereka telah terjawab apabila kerajaan sudi menyediakan rumah untuk generasi kedua sebanyak 20,000 unit dengan harga yang telah diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini. Ini merupakan hadiah terbesar yang telah kerajaan peruntukan kepada warga FELDA. Sudah pasti ini akan memberi manfaat kepada generasi kedua FELDA. 

Kerajaan juga dalam bajet kali ini telah memperuntukan RM200 juta bagi meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA. Sudah sekian lama jalan raya di penempatan FELDA tidak diuruskan dengan baik. Dengan peruntukan ini diharap tidak lagi kedengaran warga FELDA merungut jalan raya di penempatan mereka tidak selamat dan berbahaya. Saya sendiri mengalaminya setiap kali pulang ke kampung di FELDA Jengka. 

Tidak lupa dengan warga FELDA sahabat Lahad Datu Sabah, kerajaan tidak lupa mengumumkan peruntukan sebanyak RM523 juta bagi pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera di FELDA Sahabat. Ini adalah salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi menjamin keamanan dan keselamatan warga FELDA disana. 

Bagi membantu meringankan beban kos sara hidup warga FELDA, kerajaan sudi menaikan bantuan BR1M RM50 bagi setiap kategori. 

Isi rumah yang berpendapan RM3000 kebawah sebulan, BR1M dinaikan kepada RM1000 daripada RM950 sebelum ini. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3001 hingga RM4000, bantuan BR1M dinaikan kepada RM800 daripada RM750 sebelum ini, manakala inidividu bujang 21 tahun keatas yang mempunyai pendapatan RM2000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Keprihatinan kerajaan terhadap warga FELDA tidak pernah surut walaupun ada diatara mereka yang tidak pernah memberi sokongan terhadap apa yang diusahakan kerajaan kepada mereka. Saya harap apa yang telah kerajaan usahakan kepada Warga FELDA selama ini menginsafkan dan membuka mata mereka bahawa tidak ada mana-mana kerajaan di dunia ini mampu memberikan seperti apa yang mereka nikmati sekarang. 

WARGA FELDA, BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN.



No comments:

Post a Comment