Thursday, June 25, 2015

PEMBANGKANG HILANG PUNCA, FELDA MAMPU BAYAR ZAKAT 23.1 JUTA

Jika hendak diikutkan tohmahan pembangkang, FELDA sudah bangkrap, muflis, rugi dan bermacam-macam lagi fitnah yang tidak putus-putus melanda FELDA. Namun kita tidak pernah pun melihat peneroka-peneroka FELDA mengamuk, berdemontrasi atau kebuluran mati tak makan. 


Hari ini dengan penyerahan wang zakat perniagaan sebanyak 23.1 juta bagi tahun kewangan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri  maka ternyatalah fitnah dan tohmahan pembangkang memang tidak berasas. 

14 pusat zakat negeri menerimanya dari Kumpulan FELDA antaranya adalah Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta); Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (RM121,476),  Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (RM39,357) dan  Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM18.3 juta).


Pembangkang jangan pula menutup mata dengan kenyataan ini, jangan hanya pandai menyebarkan cerita bohong. Jika ikhlas bekerja untuk rakyat, ceritakanlah pekara yang benar. Jika betul bangkrap takkanlah FELDA mampu membayar zakat. 

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, perkembangan yang berterusan dalam perniagaan kumpulan FELDA membolehnya terus memberi zakat seterusnya dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Ternyata dengan kewujud FELDA, ianya telah banyak membantu masyarakat dan negara amnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, menteri-menteri kabinet, mantan Perdana Menteri, Duta-duta Negara, Pengurusan Kumpulan FELDA, wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, ketua-ketua Peneroka, anak-anak yatim dan orang rakyat sekitar Putrajaya.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Kuala Lumpur.

Semoga masyarakat tidak mudah termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang yang iri hati dengan kejayaan cemerlang FELDA. Semoga FELDA terus unggul di persada dunia.