Thursday, May 28, 2015

FELDA BANTU BIAYAI 30 PERATUS PTPTN



Belum lagi sembuh dari rasa sakit hati pembangkang terhadap kejayaan Felda menyediakan rumah kepada generasi kedua dengan harga yang cukup istimewa, kali ini Felda sekali lagi menambahkan parah dibenak hati busuk pembangkang apabila mengumumkan akan membiayai 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pembayaran balik pinjaman pendidikan anak-anak peneroka Felda yang mendapat pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Jan 2014.

Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, Perdana Menteri pernah menyarankan kepadanya memikirkan kaedah untuk memberikan bantuan kepada anak muda dan pada kita bantuan ini merupakan cara terbaik dan kita salurkan kepada pihak PTPTN. Menurutnya lagi, faedah pengurangan ini terbuka kepada anak peneroka Felda yang menamatkan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di semua universiti awam mahupun swasta dalam negara seperti yang disenaraikan Felda.

Faedah pengurangan ini bakal dinikmati  oleh seramai 1,835 pelajar. Felda memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan ini untuk semua pelajar baru tanpa golongan sasaran.
Itu belum termasuk RM200 juta yang telah dibelanjakan oleh Felda bagi membantu 42,059 generasi muda Felda mendapat pelbagai manfaat pendidikan bermula Sijil Kemahiran sehingga peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang.

 Bantuan ini juga menafikan  sama sekali tohmahan dan pembohongan pembangkang kononnya Felda  bakal muflis. Sedangkan selama ini tidak ada satu pun usaha mereka untuk membantu anak bangsa menyelesaikan masalah pembayaran balik PTPTN.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar berharap agensi kerajaan dan swasta dapat meneruskan usaha yang dibuat oleh Felda bagi membantu anak bangsa. 

Semoga usaha murni menjadi pemangkin kepada usaha-usaha seterusnya membantu anak bangsa untuk melahirkan generasi yang cemerlang dimedan global yang lebih mencabar.



No comments:

Post a Comment