Wednesday, March 4, 2015

SPM BUKAN PENYUDAH MASA DEPAN

Salam sayang untuk semua. Saya rindu sekali untuk menulis tetapi masa yang ada terlalu sempit. Saya kini sedang mengetuai projek penyelidikan kerjasama antara Bank Rakyat dan Unirazak. Setiap hari fikiran saya hanya menjurus kepada bagaimana untuk memastikan ianya berjaya saya lakukan dengan sebaik mungkin.
Sebagai ibu, saya juga sibuk menguruskan anak-anak kerana kebetulan yang di universiti baru saja pulang dari cuti panjang dan inilah masanya saya curahkan rindu terhadap anak-anak.
Namun, dikesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah kepada semua calon SPM dan ibu bapa mereka yg mana anak anda telah berjaya dengan cemerlang. Pilihlah bidang yg betul untuk anak anda. Mungkin tidak wajar menyerahkan 100% keputusan memilih masa depan kepada anak anda. Jika anda kurang arif, tanyalah rakan-rakan dan saudara mara dan sesiapa saja yang boleh memberi nasihat yg betul.
Bagi yang kurang "menjadi" di SPM saya ingin letakkan tangan di bahu anda dan percayalah, jalan dihadapan sedang terang benderang...larilah laju ke hadapan. Habuan anda sedang menanti...jangan langsung perlahankan langkah, mara terus!!!! Setiap manusia punya jalan berbeza.
SPM bukan penentu masa hadapan kerana masa depan adalah di tangan kita sendiri. Jangan biarkan SPM menghentikan perjalanan anak anda. Jangan perlahankan langkah anak2 anda kerana kejayaan di hadapan adalah terbuka utk semua!!!
Setiap seorang rakyat Malaysia adalah aset bagi negara. Bantulah agama, bangsa dan negara dengan membina mereka menjadi insan berguna
Bangunlah anak bangsa!!!!
Salam kasih sayang,


Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)


No comments:

Post a Comment