Monday, March 16, 2015

BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA BEBAS DARI PENGARUH KERAJAAN

Saya mengucapakan terima kasih kepada semua komen dan pandang diberi. Bersama ini saya lampirkan Fakta Nota Perbahasan berkaitan Sistem Kehakiman untuk tatapan bersama
Nota Perbahasan Titah Diraja 2015
Dato' Seri Azalina binti Othman
Tuduhan Terhadap Sistem Kehakiman
1. Pembahagian kuasa, atau dengan izin, separation of powers, yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Sehubungan dengan itu, badan kehakiman di Malaysia adalah mahkamah. Menurut Perkara 121(1) Perlembagaan, kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telah diperuntukkan undang-undang Persekutuan.
2. Badan kehakiman adalah badan yang bebas tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak sekalipun kerajaan yang memerintah malah kedudukan Hakim itu sendiri ditentukan oleh Perlembagaan negara yang hanya boleh terlucut melalui tiga cara iaitu meninggal dunia, tidak sihat atau tidak boleh menjalankan fungsi dan telah melakukan jenayah atau melanggar undang-undang.
3. Badan kehakiman negara sentiasa mendukung dengan izin, rule of law dan memberikan pengadilan tiada berat sebelah atau dengan izin, without fear or favour. Seperti yang diterbitkan dalam artikel oleh Persatuan Undang-Undang UK, dengan izin, “...all of those actively involved within the legal system of the need to uphold these principles internationally, as well as at home, for the benefit of society.”
4. Seseorang hakim melaksanakan kewajipan-kewajipan kehakimannya tanpa memihak, berat sebelah atau prejudis. Integriti menjadi pegangan bagi perlaksanaan jawatan kehakiman secara sempurna serta ketatasusilaan, dan penzahiran ketatasusilaan, adalah perlu bagi perlaksanaan kesemua aktiviti-aktiviti seseorang hakim.
5. Semalam, Lembah Pantai kritik sistem kehakiman negara dan hakim-hakim walaupun keuputusan banyak kali pernah menyebelahi mereka. Kononnya, tiada integiriti.
6. Mereka selalu cakap tidak mempercayai sistem kehakiman serta tidak zalim maka mereka tidak patut buat rayuan terhadap keputusan mahkamah terutamanya keputusan mahkamah terhadap Anwar.
7. Anwar tidak patut mengemukakan Pengampunan Diraja kalau mengatakan sistem adalah bias dan tidak telus, YDPA adalah Ketua Negara, yakni juga sebahagian daripada sistem. Apakah YDPA uga akan dituduh bias dan tidak telus sekiranya rayuan ditolak.
8. Untuk rekod, antara kes-kes yang dimenangi oleh Pembangkang.
➢ 9/1/2012 - Mahkamah putus Anwar tidak bersalah meliwat Saiful Bukhari
➢ 28/2/2014 - Anwar menang saman fitnah terhadap Papagomo
➢ 25/2/2014 - Nizar menang saman fitnah terhadap TV3
➢ 5/3/2014 - Husam Musa menang saman terhadap blogger UMNO, Faisal Rohban kerana artikel fitnah
➢ 21/3/2013 - ADUN Pas Kubang Rotan menang saman fitnah terhadap RTM
➢ 9/9/2009 - Mustafa Ali menang saman ke atas kerajaan dan polis kerana menahan beliau di Parlimen
➢ 15/12/2011 - Lim Guan Eng menang saman malu ke atas Utusan
➢ 24/2/2012 - Mahkamah putus Bersih bukan pertubuhan haram
➢ 11/8/2011 - Husam menang saman fitnah terhadap NSTP
➢ 6/1/2014 - Mahkamah rayuan ketepikan arahan majistret yang mengenakan sekatan ke atas Azmin dan Chegu Bard untuk sertai perhimpunan Bersih 3.0
9. Berikut adalah kes Utusan dan tweet Anwar jelas menunjukkan hypocrisy dalam menilai sistem keadilan negara.
o Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
o Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
o Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
o Ini adalah bukti nyata bahawa bila keputusan adalah menyebelahi Anwar maka Hakim dan institusi Kehakiman akan dipuji dan kalau kalah maka sebaliknya.
10. Selective judgment yang diamalkan oleh pembangkang. Keputusan Mahkamah mesti menyebelahi mereka, jika gagal, mahkamah dituduh, hakim dituduh, sistem dikatakan korup, membawa ke jalanan dan turut membawa masuk ke Dewan - Drama Politik.
11. Justice must be serve their purpose - menunjukkan attitude pemimpin PR.
12. Kalau anda tidak dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian, sekurang-kurangnya, jangan jadi sebahagian daripada masalah, atau dengan izin, if you are not a part of the solution, at least, do not be part of the problem.
13. Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian untuk mana-mana masalah. Malahan, perkara sebegini memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dengan menjejaskan kredibiliti negara di mata pelancong dan pelabur. Ini terbukti apabila himpunan haram di hadapan pusat beli-belah Sogo baru-baru ini dilaporkan menyebabkan kerugian hamoir RM10 Juta untuk perniagaan-perniagaan di sekitar.
14. Terimalah hakikat bahawa soal Ketua Pembangkang adalah menjurus kepada isu moral dan peribadi, dan mudarat yang dibawa oleh Ketua Pembangkang tidak dapat dibersihkan dengan penganjuran himpunan-himpuanan haram sebegini.
15. Sedar, jangan sampai rakyat dan ahli-ahli sendiri meluat dan benci. Apatah lagi, banyak himpunan sebegini yang diatur, seperti di hadapan Penjara Sungai Buloh tetapi tidak mendapat sambutan langsung. Lebih memalukan demonstrasi baru-baru ini yang sengaja diadakan di tempat membeli belah untuk menarik perhatian awam, gagal sama sekali untuk mencapai sasaran 200,000 orang, apabila hanya dihadiri segelintir penyokong sebanyak 4,000 hingga 5,000 orang.
16. Kepentingan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan dan bukannya berpolitik sepanjang masa demi populariti dan mileage politik untuk survival parti-parti. Ingat bahawa rakyat pada hari ini menilai pemimpin berdasarkan kepada peyampaian atau delivery mereka, bukan janji dan omong-omong kosong.

AZALINA OTHMAN SAID


No comments:

Post a Comment