Thursday, February 12, 2015

IKLAN BERGERAK DARI SCHOOL BUZZ

Tiada lagi "wajah" suram dan membosankan selepas ini apabila karektor bintang terkenal seperti Mr Bean dan Bruce Lee dan pelbagai lagi animasi kegemaran kanak-kanak bakal menghiasi disetiap bas sekolah di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada School Buzz, sebuah projek pengiklanan baru di bawah The Star Group kerana menjadikan bas sekolah sebagai papan iklan mudah alih pertama di Malaysia dan dijangkakan 15,000 ribu bas bakal terlibat di seluruh Negara.

Ruang iklan yang ditawarkan pada bas sekolah di seluruh negara akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada kedua-dua pihak disamping menambah pendapatan pengusaha bas sekolah.

Star Publications (M) Bhd Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, dengan rangkaian lebih 15,000 bas sekolah, iklan akan mensasarkan hampir lima juta pelajar di seluruh negara tidak termasuk orang ramai yang tinggal di kawasan perumahan.

Buat julung kalinya, bas sekolah digunakan sebagai alat pengiklanan bagi syarikat-syarikat untuk mendekati pasaran khususnya kanak-kanak, ahli keluarga dan kejiranan mereka.

Dalam masa yang sama pemilik bas sekolah juga mendapat manfaat kerana dapat menambahkan pendapatan mereka  selain menerima tambang bas," kata Wong pada majlis pelancaran semalam.

School Buzz diwujudkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan mengawal selia visual untuk pengiklanan bagi memastikan ia mematuhi peraturan iklan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang melancarkan projek itu berkata, suruhanjaya itu hanya akan membenarkan bas sekolah yang berusia tidak lebih dari 20 tahun untuk terlibat dengan projek tersebut.


Projek ini diusahakan dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia.(PPPBSM)

Menariknya, pengiklan dibenarkan memilih beberapa siri pakej bermula dari ruang iklan yang kecil, sederhana dan besar dengan anggaran sekurng-kurangnya 10 buah bas untuk tempoh tiga bulan. Mereka yang mendaftar sebelum 31 mac bakal menikmati pakej enam bulan khas dengan tambahan dua bulan percuma.

Pusat pelancongan terkemuka i-City terpilih sebagai pengiklan pertama untuk projek tersebut.

Kata Timbalan Pengerusi I - Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, " Matlamat  School Buzz adalah sejajar dengan wawasan korperat syarikat itu dalam merealisasikan i - City sebagai pusat pedidikan berbentuk hiburan kepada pelajar sekolah.

"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada projek khidmat masyarat ini kerana ia bertujuan untuk menyemai semangat di kalangan pengusaha bas sekolah yang terjejas akibat peningkatan kos operasi, " tambah beliau.

No comments:

Post a Comment