Sunday, February 1, 2015

Hudud Dan Pilihan Raya PBT - Nik Abduh


DAP boleh tak setuju dengan hudud sebagaimana PAS boleh tak setuju dengan pilihan raya PBT. Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Setuju untuk tidak bersetuju adalah tiang keutuhan PR.
Justeru PAS bersikap 'buat faham' dan tidak menuduh DAP mencabul kesepakatan PR apabila DAP secara sendirian membawa agenda mereka di Pulau Pinang. Soal sekarang, ketika PAS mengambil sikap sama di Kelantan, mengapa PAS dikata mencabul kesepakatan dalam PR?
PAS terus maju menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah itu ke parlimen Malaysia untuk dibahas walaupun ia sudah lebih 20 tahun diluluskan di DUN Kelantan dan ditangguhkan perlaksanaannya demi menghormati hak undang-undang negara.
PAS juga adalah parti tindakan demokratik.
Cuma, adakah pilihan raya PBT tak perlu ke parlimen sebagaimana hudud? Itu saya tak pasti, kena rujuk kepada orang undang-undang.
Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ianya mencabul PR. Jawabannya, tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya.
Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik la bro..