Monday, January 5, 2015

MALAYAN UNION 8 - UMNO ditubuhkan


Walaupun kecewa dengan tindakan sultan-sultan mereka, rakyat jelata masih berpendapat hanya raja-raja mampu mengatasi keburukan perjanjian itu.

Jika Raja-raja Melayu tidak berusaha menolaknya, perjanjian itu. Jika Raja-raja Melayu tidak berusaha menolaknya, perjanjian itu akan kekal sah. 

Inilah dilema yang dihadapi kepimpinan baru politik Melayu yang muncul. Mereka memerlukan sokongan raja-raja jika mahu menidakkan cadangan Malayan Union.

Mujurlah Raja-raja Melayu mula mengesan perubahan sikap rakyat jelata mereka dan beberapa orang cuba memperbaiki kerosakan yang telah berlaku. Namun British terus berdegil.

Ini menjadi pemangkin yang diperlukan bagi menyakinkan sultan-sultan agar lebih bersedia menerima cadangan PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (UMNO) yang baru ditubuhkan.

UMNO mencadangkan supaya memulaukan majlis perisytiharkan perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama. Bagaimanapun, semua persoalan menjadi tidak relevan apabila tercetus ketengangan sivil yang mengancam menjerumuskan Tanah Melayu ke dalam persengketaan besar.


- Bahagian Pertama TAMAT -


No comments:

Post a Comment