Thursday, January 1, 2015

KOMUNIS 1 - British Curiga


Selepas berakhirnya penjarahan Jepun hingga Merdeka, British sentiasa mencurigai orang cina dan mengawasi kegiatan mereka khasnya pengganas komunis.
Pemisahan Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis di China pada 1927 menyebabkan rakan seperjuangan mereka turut berpecah.
Komunis sedar kecurigaan British terhadap mereka.
Bagi mengatasinya, mereka menubuhkan parti bawah tanah yang pada awalnya hanya menganjurkan tunjuk perasaan menentang penaklukan Jepun dan membuangnya ke dalam laut di Padang Esplanade, Pulau Pinang.
Mereka juga berpakat dengan pertubuhan Cina di Singapura bagi mengutip derma untuk negara China.
Semasa pendudukan Jepun, ramai dari kalangan aktivis Cina daripada kumpulan komunis dan KMT, ditangkap dan dibunuh. Jepun memaksa kedua-dua kumpulan ini lari ke dalam hutan dan memulakan perang gerila.
Kedua-dua kumpulan ini boleh dibezakan dengan bilangan bintang pada topi mereka. Komunis mengunakan tiga bintang sebagai simbol bahawa orang Melayu dan India juga bersama-sama mereka, manakala KMT cuma mengunakan satu bintang.
Komunis mahu membuktikan bahawa mereka adalah orang Tanah Melayu bukan sekadar komunis Cina.
Antara aktivis Melayu yang menjadi orang kuat mereka adalah Rashid Maidin. Dia bersama-sama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dipilih menghadiri Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London apabila perang tamat.
Merekalah yang menjadi pemimpin Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) yang berkerjasama dengan British ketika pendudukan Jepun.
Ketika perang, British membekalkan senjata dan makanan kepada kedua-dua kumpulan gerila itu. Mereka juga membentuk padukan bawah tanah ketiga yang dikenali FORCE 136 yang sebahagian besarnya adalah Melayu.
Selain rekrut tempatan, pelajar Melayu di England dan orang Melayu yang tinggal di luar negara juga dibawa pulang bagi membantu penentangan terhadap Jepun.

No comments:

Post a Comment