Tuesday, January 6, 2015

IKTIBAR DARI KISAH NABI NUH A.S

Tiba-tiba saya teringat kisah Nabi Nuh a.s yang telah diutuskan kepada kaum kafir. Baginda diperintahkan Allah membina kapal bagi menyelamatkan orang-orang mukmin dan haiwan-haiwan sebelum kedatangan banjir besar yang telah "dijanjikan".

Baginda menebang pokok balak ( kayu kauka) sekadar yang diperlukan untuk membuat kapal tersebut - tidak lebih dan tidak kurang atas perintah Allah. Begitulah patuhnya Nabi Nuh a.s dalam mentaati perintah Allah. 

Namun manusia hari ini yang mendakwa diri mereka pejuang-pejuang Allah, amat tamak haloba apabila diberi sedikit kuasa, dan telah mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka. peringatan yang bagaimanakah mereka hendak Allah tunjukkan lagi ?