Wednesday, November 26, 2014

MALAYSIA PALING TINGGI HUTANG DI DUNIA MENGALAHKAN AMERIKA

Hutang negara pada tahun 2014 dijangka berjumlah RM582.5 billion. Jumlah hutang negara adalah terendah berbanding dengan negara2 berikut:-
- Malaysia RM582.5 billion
- Singapura RM1.023 trillion
- China RM13.9 trillion
- Japan RM35.9 trillion
- United Kingdom RM8.2 trillion
- Amerika Syarikat RM59.6 trillion
- Germany RM8.7 trillion
Defisit tahun 2014 dijangka mencapai 3.5% bersamaan dengan unjuran kerajaan.
Bagi pertumbuhan tiga suku tahun pertama 2014 (Januari hingga September 2014), negara kita juga mencatat pertumbuhan tertinggi:-
- Malaysia 6.1%
- Singappura 3.2%
- Indonesia 5.1%
- Vietnam 5.5%
- Korea 3.5%
- Amerika Syarikat 2.3%
- United Kingdom 3.0%
- China 7.4%
Dengan pencapaian 6.1% tersebut, negara kita dalam landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan 5.5% hingga 6% bagi tahun 2014.
Sebahagian besar agensi2 penyelidik menjangkakan bagi tahun 2014 negara kita akan capai pertumbuhan 5.7%.
Pelaburan swasta tumbuh 6.8% membolehkan pengwujudan peluang pekerjaan baru, menstabilkan pasaran buruh dan gaji pekerja.
Kita berharap sektor swasta akan terus meningkatkan penggunaan teknokogi dan produktiviti serta menaikkan gaji pekerja supaya selaras dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan nisbah gaji/kdnk dari 33% sekarang kepada 40% pada tahun 2020.
Kerajaan memberi perhatian kepada sektor eksport. Eksport negara tumbuh agak perlahan pada kadar 2.2%. Kerajaan mahu pastikan sektor ini terus berkembang memandangkan beberapa negara Eropah di jangka terus mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 2015.
Selain memperkukuhkan ekonomi domestik, kerajaan kita sedang melaksanakan inisiatif memperkukuhkan integrasi Asean bertujuan menjadikan Asean pasaran utama dunia. Malaysia telah menerima perlantikan sebagai Ketua Negara2 Asean bagi tahun 2015 bila Asean memasuki era 'Asean Economic Community'.

No comments:

Post a Comment