Saturday, August 16, 2014

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

Di Malaysia, ini juga sudah berlaku. Sudah ada orang ×Melayu yang membenarkan diri mereka dihasut oleh musuh supaya menggagalkan usaha untuk memaju dan mengembalikan kecemerlangan tamadun×Melayu dan Islam.

 Tokoh-tokoh Islam suka menyalahkan pihak ×Orientalis Barat apabila membincang tentang tenatnya orang Islam. Mereka menuduh kumpulan-kumpulan tertentu ditubuhkan oleh ×British dan Yahudi untuk memecahbelahkan orang ×Islam dan menghalang kemajuan mereka di dunia. Ajaran bahawa dunia ini adalah untuk orang kafir dan akhirat dikhaskan bagi orang ×Islam amat disukai oleh musuh Islam. Mereka tahu kepercayaan ini di kalangan orang ×Islam akan menyebabkan mereka asyik dengan berbagai- bagai kepercayaan dan kegiatan yang kononnya diwajibkan oleh agama ×Islam sehingga tidak ada masa untuk memajukan diri mereka di dunia. Dengan terbentuknya puak-puak yang bertentangan pendapat berkenaan agama, maka permusuhan sesama orang ×Islam akan berlaku dan mereka akan memusnahkan diri mereka sendiri. Oleh itu musuh mereka menggalak dan memuji kumpulan-kumpulan serpihan di kalangan orang ×Islam supaya menyerang kumpulan tunjang yang majoriti. Segala usaha oleh kumpulan majoriti untuk memajukan orang ×Islam akan dituduh tidak Islam. Sibuk dengan mempertahankan keIslaman mereka, kumpulan majoriti tidak dapat menumpu kepada pembangunan orang Islam. Akhirnya gagallah usaha orang ×Islam untuk menguasai segala ilmu dan kecekapan yang membolehkan mereka bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Sudah berkali-kali percubaan dibuat oleh orang ×Islam untuk membangunkan umat ×Islam, tetapi telah digagalkan oleh puak serpihan yang dipengaruhi dan disokong oleh musuh-musuh Islam.

 Hari ini di ×Malaysia kita melihat bagaimana galakan dan sokongan diberi kepada parti serpihan supaya menentang parti tunjang majoriti orang Islam. Walaupun kita tahu media ×Barat dan pihak-pihak tertentu begitu benci kepada orang ×Islam yang digambarkan oleh mereka sebagai pengganas, tetapi mereka cuba membayangkan PAS sebagai parti sederhana yang perlu disokong oleh bukan ×Islam untuk menjatuhkan ×Kerajaan pimpinan UMNO. Ternampak seolah-olah mereka ingin melihat PAS mendirikan negara ×Islam di Malaysia. Apakah benar mereka suka negara Islam? Besar juga kemungkinan mereka suka, kerana kepercayaan mereka ialah negara yang diperintah oleh apa yang mereka kenali sebagai fundamentalis ×Islamakan membawa perasaan tidak senang hati di kalangan penganut agama lain, akan menghalang pembangunan dan kemajuan ×Malaysia, melemahkannya sehingga dapat dijajah semula. Jika kerana usaha musuh- musuh ×Islam ini, sokongan kepada UMNO merosot, maka UMNO tidak dapat menumpu kepada kemajuan orang Melayu/Islam, bahkan mungkin UMNO akan cuba menjadi lebih ×Islam daripada PAS, menolak apa yang PAS cap sebagai sekular sehingga ×Malaysia terus mundur, lemah, tidak lagi dapat menegur negara×Barat dan alat-alat mereka apabila mereka melakukan ketidakadilan kepada negara-negara membangun. Hari ini hanya ×Malaysia sahaja yang sanggup mengkritik Barat. Tentulah mereka merasa lega apabila UMNO sibuk dan bergelut dengan PAS sehingga lupa terhadap penganiayaan ke atas umat ×Islam di Bosnia, Kosovo, Sudan, Iraq, Iran dan lain-lain.

 Tugas UMNO ialah cuba menyeru orang ×Melayu kembali kepada persaudaraan dan perpaduan seperti yang diajar oleh ×Islam supaya strategi mereka yang benci kepada orang ×Islam tidak akan berjaya. Untuk ini parti-parti serpihan orang ×Islam mestilah disedarkan bahawa mereka sudah dipermain dan diperalatkan oleh musuh-musuh Islam. Dalam usaha UMNO untuk menyedarkan puak serpihan ini, UMNO mestilah berpegang kepada kebenaran. Jelaskan, ceritakan hal dan keadaan yang sebenar. Ini adalah mudah, kerana kita berada di pihak yang benar. Hanya orang yang tidak bermodalkan kebenaran yang terpaksa melemparkan berbagai-bagai tuduhan, membohong dan memfitnah. Hanya orang yang tidak berpegang kepada ajaran ×Islam yang murni yang mudah memburukkan orang ×Islam lain, membohong, melabelkan orang lain dengan nama-nama yang buruk. Hanya orang yang tidak ada maruah sahaja yang tidak berasa malu apabila diketahui membohong tetapi tanpa segan-silu membohongi lagi.

 Insya-Allah, jika UMNO terus berusaha menyuarakan yang benar, akhirnya walaupun mungkin tidak ramai, akan ada juga mereka yang akan menolak kemungkaran dan menerima kebenaran. Ini jelas sepertimana firman ×Allah dalam Surah Al-Isra`, Ayat 81, yang bermaksud: "Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap." dan Surah Ali-Imraan, Ayat 104, yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang- orang yang berjaya." 

 Agama Islam tidak sahaja menyuruh kita bersaudara tetapi menuntut kita memiliki banyak lagi nilai murni lain yang boleh membentuk peribadi yang berdaya tahan dan mampu menangkis nilai-nilai buruk yang ramai daripada kita telah serap serta menyediakan kita untuk menghadapi cabaran hidup di bandar dan cabaran-cabaran yang akan kita hadapi dalam abad ke-21 Masihi ini.