Friday, August 15, 2014

KHALID BATALKAN TEMPAHAN DEWAN DAN STADIUM UNTUK KONGRES TAHUNAN PKR...???


Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos 2014 di Stadium Melawati dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam nanti.

 Selama ini, kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk aktiviti politik PKR. 

Khalid Ibrahim sudah banyak kali dikecam oleh para pemimpin PKR kerana bersikap kedekut terhadap parti walaupun Khalid Ibrahim mengambil pendekatan menggunakan wang peribadinya berbanding wang negeri. 

Anehnya, walaupun Khalid Ibrahim membiayai pelbagai kemudahan termasuklah pembelian bas mewah dan treler mewah untuk kempen PKR di seluruh Semenanjung, selain membiayai Kongres Tahunan PKR di Selangor, dia tetap juga dicemuh kerana kedekut. Ironinya, kebanyakan yang mencemuh, sekadar menyumbang kepada parti dalam bentuk ceramah dan cakap-cakap dan ampu bodek seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. 

Ketika ditanya tindakan Khalid membatalkan tempahan dewan “ kerana saya telah dipecat dari parti PKR ” katanya.

No comments:

Post a Comment