Tuesday, August 12, 2014

ANWAR CARI HADI AWANG ...???

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.   

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah 
hotel
 di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor. 

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.  

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.   

“Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

“Parti Pas sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco akan bersama kerajaan negeri dan saya.

“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). - Bernama