Sunday, October 6, 2013

ROS ANJING UMNO > TONY PUA


 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, perbuatan tersebut amat keterlaluan, biadab, kurang ajar dan perlakuan buruk itu dibimbangi akan menjadi ikutan generasi muda jika terus menerus diamalkan.


"Kalau nak berpolitik ada had dan batasan. Sikap kurang ajar ini akhirnya akan menyuntik dan mengajar anak-anak kita untuk meneruskan amalan yang biadab.


"Ini bukan cara kita. Jangan mudah kata ROS dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Mindef di Dataran Kluang di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, perkara tersebut mungkin sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai namun menyerahkan hal itu kepada rakyat bagi membuat penilaian