Wednesday, October 9, 2013

HENDAK ILMU , BERUSAHALAH...... , BELAJAR DARI KESUSAHAN .



Wahai ibuku, saya tidak sempat berguru dengan Imam Malik kerana dia sudah meninggal dunia, tetapi ada seorang muridnya bernama Imam Syafie. Dia mengajar ilmu hadis di Masjidil Haram. Saya ingin pergi ke Mekah bagi megerjakan ibadat haji kemudian berguru dengan Imam syafie," Imam Hanbali meluahkan hasrat di hatinya.

Kamu ada duit bagi perjalanan ke tanah suci Mekah ?" 
Pertanyaan ibunya tu membuat Imam Hanbali termenung panjang. 

"tidak ada, ibuku . Tetapi saya akan berusaha mendapatkannya," kata Imam Hanbali.

"Ibu tidak mahu kamu meminta bantuan dari sesiapa selain Allah. Juga jangan meminta belas kasihan dari manusia, kelak kita dipandang hina, " pesan ibunya.

Imam Hanbali melakukan pelbagai pekerjaan bagi mendapatkan duit belanja ke tanah suci Mekah. dia bekerja di kedai menjahit pakaian , mengambil upah mengangkat barang-barang, memetik hasil tanaman dan sebagainya. 

Setelah terkumpul simpanan hasil daripada kerja yang dilakukannya ditambah dengan bayaran sewa rumah maka dapatlah Imam Hanbali pergi ke tanah suci Mekah. Namun duit itu masih jauh dari mencukupi. Bagi menjimatkan belanja Iman Hanbali sanggup berjalan kaki meredah padang pasir yang kering kontang itu. Apabila terlalu penat barulah dia mengunakan duitnya bagi membayar tambang menaiki kuda atau unta sehinggalah beliau slamat sampai ke Kota Mekah.