Monday, October 21, 2013

BOT LAJU BAWA PENDATANG TANPA IZIN TERBALIK KETIKA ELAK DITAHAN PASUKAN POLIS MARIN



Sandakan, 21 Okt - Sebuah bot laju membawa lima pendatang tanpa izin terbalik ketika dikejar bot peronda Pasukan Polis Marin di sungai Pitas Nunuyan Darat dekat sini hari ini.

Kelima-lima wanita Filipina berusia 24 hingga 36 tahun itu terhumban ke sungai dan diselamatkan anggota polis marin, manakala juragan bot melarikan diri.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata polis marin terserempak dengan bot laju itu pada pukul 12.45 pagi dan dipandu laju sebaik sahaja cuba dihampiri.

Juragan bot terjun ke sungai menyebabkan bot hilang kawalan lalu terbalik.

"Kesemua wanita itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bot laju itu dalam perjalanan membawa masuk wanita berkenaan secara haram ke daerah ini.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment