Thursday, August 1, 2013

DOSA PENYELEWENGAN

DALAM SEJARAH MANUSIA , ramai yang teraniaya hanya disebabkan oleh berita palsu yang direka terhadap seseorang. Penderitaan atau kezaliman , cerita bohong atau penyelewengan fakta terhadap seseorang individu, bukan sahaja dirasai oleh individu berkenaan, sebaliknya orang ramai juga mendapat kesannya. 

LIHAT SAHAJA apabila diselewengkan hakikat Nabi Isa A.S daripada seorng insan yang diutus oleh Tuhan menjadi rasul kepada anak Tuhan. Hasilnya satu umat berubah menjadi syirik dan tersasar jauh dari agama yang sebenar.

AKAN TETAPI Nabi Isa a.s tetap mulia disisi Allah, yang menjadi mangsa ialah golongan jahil yang menelan penyelewengan fakta yang dibuat oleh sesetengah pihak.

DEMIKIAN JUGA Saiyidina Ali r.a bahawa hakikat dirinya telah diseleweng sehingga lahirnya aliran Syiah yang telah memuja-muja melebihi sepatutnya , melebihi kedudukan seorang Nabi lalu tersasarlah satu mazhab dalam kalangan umat ini.

OLEH SEBAB ITU, dosa para penyeleweng fakta dan hakikat sejarah bukan sedikit. Mereka turut menangung dosa kesesatan yang terseleweng di sebabkan fakta yang direka atau hakikat yang diubah.

No comments:

Post a Comment