Thursday, August 22, 2013

Anjing selamatkan kucing

NEW ZEALAND 21 Ogos - Kita sering digambarkan bahawa anjing dan kucing merupakan dua haiwan yang saling bermusuhan.


Namun, seekor anjing di sini menyangkal pepatah itu apabila menyelamatkan seekor kucing yang hampir mati akibat termakan racun tikus menerusi prosedur pemindahan darah.
Keputusan itu diambil oleh doktor di Klinik Haiwan Tauranga, Kate Heller yang menyedari bahawa kucing bernama Rory itu tidak akan hidup melainkan ia menerima darah serta-merta.


Namun begitu, ketika pemilik Rory, Kim Edwards tiba di klinik itu, makmal ujian darahnya telah ditutup dan ini menyebabkan doktor tidak mengetahui jenis darah kucing tersebut sama ada A, B atau AB kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa maut.
Selepas berunding dengan doktor-doktor haiwan lain, Heller memutuskan untuk menjalankan pembedahan terhadap kucing itu dengan menggunakan darah anjing.
"Jika kami tidak lakukannya, kucing itu akan mati, kami tidak akan rugi apa-apa jika mencuba, ia antara hidup atau mati, ini juga sangat luar biasa.


"Berdasarkan prosedur, pemindahan darah di antara dua spesies berbeza adalah tidak digalakkan,'' katanya.
Jelas Heller, dia kemudian menghubungi rakannya yang juga pemilik seekor anjing bernama Macy, untuk mendapatkan darah haiwan itu.
Kajian menunjukkan kucing tidak akan memberi sebarang tindak balas negatif terhadap apa juga jenis darah yang dimasukkan ke dalam badan haiwan tersebut. -


No comments:

Post a Comment