Monday, July 29, 2013

PERSAUDARAAN MEMBANGUNKAN EKONOMI

Apabila saya menyebut tentang keperluan umat Islam tolong menolong antara satu sama lain dalam bidang ekonomi , ada yang akan menyatakan hal ini tidak boleh disebut , nanti akan difahami oleh sesetengah oihak yang lain sebagai perkauman. Apa yang ingin saya nyatakan ialah galakkan kepada masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara- saudara muslim kita. 

Saya katakan , saya tidak menyuruh memboikot barangan "orang lain". Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor . Antaranya keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama dari sudut sebagai kuasa pengeluaran.


Sedangkan kita mempunyai kuasa beli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita sedia maklumi , pembabitan umat Islam di tanah air kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. 


Para peniaga Muslim menghadapi cabaran yang kuat dari sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya besar dimiliki oleh Muslim atau memasar barangan keluaran Muslim. 


Hal ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu yang memerlukan kajian luhur tentang hal tersebut. Di samping itu , kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. 


Demikian juga barangan produk muslim agak terhad. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli produk Muslim di gerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh orang muslim sendiri.

No comments:

Post a Comment