Pas tidak memaksa para pemimpin dan ahlinya menyertai mana- mana himpunan yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang bagi membantah proses perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa meragukan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mereka sama ada untuk hadir atau tidak kerana penyertaan atau kehadiran mereka bukan suatu kemestian.
"Kita tak memaksa semacam keperluan untuk keluar mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas upacara pelantikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan beberapa hari lalu menyelar kalangan pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul.
Malah dalam ucapannya, Husam dilaporkan turut mendakwa mana-mana pemimpin tidak menyokong perhimpunan tersebut sebagai golongan membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan angkuh kerana membelakangkan 'saudara-saudara yang berlumuran darah' hasil penipuan.
Sebelum ini Abdul Hadi tidak membuat pendirian yang jelas apabila sekadar menyerahkan kepada ahli parti membuat pertimbangan sendiri.
No comments:
Post a Comment