Sunday, June 23, 2013

SUKAR UNTUK SAYA PERCAYAI ANWAR SEORANG HOMOSEKSUAL : TUN M

Sewaktu Tun Hanif menjadi Ketua Polis Negara (KPN) , beliau meminta untuk berjumpa dengan saya . Memang menjadi kelaziman bagi ketua-ketua polis dan ketua-ketua jabatan memberi taklimat kepada saya  dari masa ke masa mengenai pelbagai masalah semasa. Namun, apabila Hanif menemui saya pada hari itu , saya belum cukup bersedia untuk mendengar laporan yang dibawanya yang sangat menggangu fikiran saya.


Beliau mendedahkan bahawa polis telah menerima maklumat tertentu mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menteri Kewangan. Mereka telah membuat siasatan susulan dengan meletakkan anwar di bawah pengawasan. tun Hanif memberitahu saya bahawa sudah jelas Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual. Beliau bagaimana pun tidak mengemukakan bukti selain laporan mulutmengenai apa yang diperhatikan oleh pegawai-pegawainya. Walaupun ketika itu saya tahu KPN hanya akan datang berjumpa saya apabila beliau berasa telah menemui sesuatu yang penting dan maklumat beliau biasanya terbukti betul, reaksi awal saya terhadap berita itu penuh kesangsian.

Anwar telah mendaki hierarki UMNO dengan begitu cepat dan dalam proses itu telah menyebabkan sebilangan orang memusuhinya. Jadi , saya nampak seolah -olah ada percubaan oleh seseorang untuk mengenakan beliau. Saya boleh percaya kalau ada anggota Kabinet saya mengadakan hubungan sulit dengan  seseorang yang berlainan jantina, tetapi tuduhan ke atas seseorang yang warak seperti Anwar melakukan hubungan homoseksual tidak masuk akal langsung. Beliau begitu alim sehingga sukar bagi saya untuk mempercayai bahawa beliau menjalin hubungan dengan wanita lain, apatah lagi dengan lelaki. Itu adalah watak yang sangat jauh berbeza daripada Anwar yang saya kenali. Laporan KPN itu terlalu berat untuk saya percayai. 

No comments:

Post a Comment