Sunday, June 23, 2013

DAP MENGELAR SAYA SAMSENG , ITU TIDAK MENJADI HAL KEPADA SAYA : TUN M

Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri saya telah mengambil beberapa pendekatan dalam menangani masalah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Kesatuan Sekerjanya telah cuba mensabotaj syarikat dan merosakkan pesawat sehingga tidak dapat terbang. Saya memberitahu mereka bahawa saya akan menutup syarikat penerbangan kebangsaan itu, dan saya akan mengotakannya.

DAP memanggil saya samseng, tetapi itu tidak menjadi hal kepada saya. MAS adalah aset negara. Pekerja tidak sepatutnya cuba merosakan kapal terbang semata-mata bagi menyokong tuntutan mereka. Ini sangat berbahaya. Lagipun prestasi MAS ketika itu buruk.

Saya bersedia menutup terus MAS jika perlu. Kesatuan sekerja penerbangan Australia menyokong pekerja MAS. Ahlinya enggan mengendalikan pesawat MAS yang mendarat di Australia. SAya bertindak balas dengan memberitahu mereka bahawa jika pesawat Australia mendarat di Kuala Lumpur , kita akan pastikan ia tidak dapat berlepas semula. Tidak lama selepas itu , syarikat penerbangan Australia , QANTAS menghentikan perkhidmatan ke Malaysia .



Orang ramai perlu belajar had sesuatu tuntutan. Apabila sesuatu pihak bertindak melampau , saya bersedia bertindak sama keras . Ia bukan sifat semulajadi saya , tetapi ia datang bersama-sama tugas yang dipikul .

No comments:

Post a Comment