Tuesday, May 14, 2013

INDIA YANG UNDI BN TIDAK SOKONG MIC ?

Dari seorang Malaysian Indian... Hebat dia berbahasa Melayu... (^__^)d

Selamat petang admin.. Saya cuma nak kongsi sedikit tentang keadaan politik Malaysia. Saya tak cukup pandai. Tapi cuma cuba berkongsi sahaja. Minta maaf kalau ayat saya agak pedas. Terus terang saya nyatakan saya penyokong BN. Tapi ini selepas 2008. Sebelum 2008 saya cukup kuat menyokong PR. Masa tu umur saya cuma 24. Majoriti penyokong PR memang orang muda. Ini sebenarnya kekuatan PR dan Anwar. Barisan muda ni senang di brainwash seperti yang pernah berlaku pada saya. Tapi bila saya melangkah ke alam kerja saya mula sedar janji-janji anwar tak masuk akal.

Dalam masa yang sama, muncul HINDRAF yang cuba bela nasib kaum india. Dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh anwar. Kesilapan BN dalam perkara ini Tun Abdullah serahkan perkara ini kepada Samy Vellu yang memang cukup dibenci kaum india. Anggota HINDRAF ditahan ISA. Di sini lah bermula perkauman yang anwar inginkan. Dia gunakan segala kepakaran dia memutarbelit kan fakta. Kaum india rasa diabaikan kerajaan. Percayalah 80% undi untuk BN daripada kaum india bukan kerana MIC tapi kerana BN dan pemimpin UMNO. Orang yang puji Tun Mahathir akan kutuk Samy Vellu. Perkara ini sehingga hari ini BN tidak sedar.Tapi Anwar cukup pakar tentang perkara ini. kaum india mula hilang percaya kepada BN. Hasilnya MIC tersungkur pada PRU 12.

Agenda pertama berjaya. Dia mula alihkan perhatian kepada kaum Cina. DAP diajadikan sekutu. DAP disanjung tinggi. Disini dia cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum cina. Dia wujudkan kebencian kaum cina kepada BN. Hasilnya PRU 13 MCA tersungkur.

Agenda akan datang, MCA akan dipujuk Anwar. Jika ini berjaya maka 100% undi kaum cina jatuh kepada PR. Dalam waktu yang sama kaum melayu pula bertelagah sesama mereka. Berpecah kepda tiga dalam UMNO, PKR da PAS. Bermakna di masa akan datang UMNO hanya perlu bersandarkan MIC sebagai rakan utama. Dan percayalah MIC juga akan tinggalkan UMNO. Undi kaum cina , melayu dan 50% kaum india sahaja cukup untuk 89 kerusi parlimen. Bayangkan jika UMNO bersendirian.

Ini yang Anwar inginkan, UMNO bersama parti komponen sukar digugat tapi UMNO yang bersendirian bila2 akan tumbang. Sebelum ini terjadi Najib perlu ambil tindakkan bukan dengan BR1M. Ini langkah yang kurang bijak walaupun niat beliau untuk membantu. Short term plan yang kurang berkesan. Kini Anwar mainkan sentimen perkauman. BN dah jumpa dua gelombang perkauman. Jadi maslah perkauman ini perlu diatasi.

1. Dapatkan kepercayaan kaum India dengan hapuskan perkataan KELING. Ini adalah magic yang mungkin Anwar belum fikirkan. Mungkin perkataan itu tiada maksud. Dan Anwar akan kata najib cuma perkecilkan kaum India. Tapi untuk kaum india ini ibarat satu penghormatan daripada PM dan 80% undi untuk BN dari kaum india sudah pasti.

2. Kawal faedah yang dikenakan bank keatas pembeli rumah. Kalau difikir logik akal pinjaman 100K dan kita perlu bayar hampir 200K. Tidak dinafikan tempoh yang panjang mainkan peranan. Tapi jika PKR yang kosong pun boleh beri air percuma inikan BN yang penuh dgn kreativi. PR1M bukan tak membantu tapi bukan semua golongan yang layak.

3. Wajibkan orang Islam menunaikan haji. Maaf saya tak berapa pandai nak sebut. Tapi wajibkan bermaksud potongan dana seperti KWSP. Mereka boleh menikmati faedahnya pada umur yang ditetapkan. Ini akan sangkal pandangan PAS yang selalu menjerit kata UMNO abaikan islam.

4. Tetapkan syarat untuk SPM atau STPM, bagi pelajar Islam keputusan agama mesti diatas 70. Dan bagi pelajar bukan islam pendidikan moral wajib diatas 70 untuk lanjutkan pelajaran. Ini agak sukar tetapi tak mustahil. Ini akan ubah pandangan rakyat terutama masyarakat islam tentang UMNO/BN.

5. Gunakan forum belia untuk meneliti kehendak golongan muda. Bukan belia BN tapi belia yang taksub dengan Anwar. Tunaikan sedikit keinginan mereka yang relevan sebelum Anwar bertindak.

6. Majlis penghargaan untuk Nik Aziz(sebab bersara dan jasa kepada Kelantan), walaupun beliau ni pembangkang dan selalu tentang BN tapi beliau adalah seorang manusia yang bijak dan bagi saya beliau miliki rekod yang cukup bersih. Ini juga bantu tingkatkan kepercayaan orang Islam.

7. Tol tak perlu dihapuskan kerana ini akan bebankan kerajaan tapi kurang kadarnya dan panjangkan tempoh bagi elak kerugian.

8. Sediakan perpustakaan di setiap kawasan BN, pendidikan percuma tak relevan tapi sumber yang percuma cukup relevan.

9. Bangunkan kawasan yang dimenangi BN di Kelantan. Ini akan jadi tarikan. Mungkin admin masih ingat Jerman barat dan jerman timur. Kawasan yang dijajah amrika dan kawasan yang diajajah rusia. Keinginan rakyat Jermat yang dijajah Rusia menyatukan Jerman.

10. Bangunakan Sabah dan Sarawak, bina lebuhraya yang mudahkan rakyat.
Mungkin makan masa yang lama tapi ingatlah jasa orang sabah n sarawak yang bantu kempen PRU13.

Ini antar perkara yang dapat saya fikirkan mungkin PM ada agenda nya tersendiri. Harap BN terus kekal.. Saya cuma nak berkongsi pendapat kalau admin nak share pun harap nama saya dipadamkan.

No comments:

Post a Comment