Saturday, April 27, 2013

TIADA HUDUD: MUSTAFA ALI

Datuk Mustafa AliKUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya tidak meneruskan pertikaian isu hudud dalam media kerana ia hanya  akan menjerumus mereka ke dalam perangkap Umno-Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, isu hudud telah mencapai kata sepakat pada September 2011 dan perkara itu tidak perlu ditimbulkan sehingga boleh mencetus polemik khususnya menjelang 5 Mei."Ini adalah perangkap Umno yang biasa setiap kali pilihan raya, isu ini akan diapi-apikan Umno melalui media supaya akan ada percanggahan pendapat dan tujuannya untuk porak-perandakan Pakatan Rakyat.

"Semua pimimpin PR perlu hentikan isu polemik itu dalam media."Isu ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendirian berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas.

Perkara itu turut ditimbulkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada Rabu lepas yang mengatakan DAP tiada masalah dalam isu pelaksanaan hudud selepas parti itu bersetuju menggunakan logo Pas.Dalam pada itu, meskipun agama Islam itu menjadi dasar perjuangan Pas, namun ia bukan sebahagian daripada dasar bersama dalam agenda dan manifesto PR pada pilihan raya kali ini.

Malah Mustafa memberi jaminan bahawa isu hukum hudud itu tidak akan memecahbelahkan antara Pas dan DAP kerana masing-masing akur dan memahami terhadap perbezaan yang timbul."Memang kita ada perbezaan dengan DAP, kebersamaan kita lebih besar daripada perbezaan.

"Kita tentang korupsi, penyelewengan itulah isu besar kita, ia tak akan dipinggirkan tak kira kaum antara komponen PR."Tok Guru pun cakap hudud tak boleh dipaksa, begitu juga agama Islam pun tak boleh dipaksa, apatah lagi pula soal perundangan," katanya sambil mengulangi komitmen Pas untuk menentang Umno dan BN pada PRU13 ini.

No comments:

Post a Comment