Sunday, April 28, 2013

PECAT SEMUA MEREKA

 Seramai 34 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipecat daripada parti itu.


Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua berkata tindakan itu diambil selepas mereka gagal menarik diri daripada bertanding dan memohon maaf kepada PKR setelah parti pembangkang itu memberi mereka tempoh sehingga 5 petang pada Khamis lepas.

Beliau memberitahu Bernama bahawa kesemua anggota itu merupakan pemimpin peringkat cabang.

"Mengikut perlembagaan parti pun, kalau ada anggota yang masuk parti lain atau menentang parti, automatik akan kena pecat tetapi kita beri amaran dan tempoh untuk memohon maaf.

"Namun sehingga 5 petang Khamis lepas, tiada sebarang respon daripada anggota-anggota ini. Selepas ini, mereka akan diberikan surat pemecatan," katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi tempoh sehingga Khamis lepas kepada anggota PKR yang bertanding sebagai calon bebas untuk memohon maaf dan menarik diri daripada bertanding. - Bernama

No comments:

Post a Comment