Thursday, April 18, 2013

TERDESAK : Anwar Tagih Sokongan Dr Yusuf Al-Qardhawi


DAMANSARA: Dakwaan wujudnya surat palsu dari ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qardhawi yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan bahawa Ketua Pembangkang itu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Yusuf-Al-Qaradawi-Islam220
Presiden JATI Datuk Hasan Ali menegaskan, Anwar yang kini dihimpit kedegilan PAS untuk mengiktiraf beliau sebagai perdana menteri Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa juga strategi untuk mencapai hasratnya.
Beliau menyifatkan ia sebagai strategi PKR untuk meyakinkan rakan sekutu PAS tentang Anwar yang dicanang sebagai calon untuk menerajui negara walaupun terpalit dengan tuduhan salah laku moral.
Namun sehingga kini kepimpinan PAS masih belum tunduk kepada sebarang tekanan untuk mengiktiraf Anwar sekalipun DAP telah beberapa kali berbuat demikian, kata Hasan.
“Dia merasakan DAP memberikan sokongan kepadanya dia juga mahu PAS untuk mendapat sokongan undi Melayu Islam. Tekanannya PAS tidak menerimanya sebagai Perdana Menteri itu yang menolak beliau bertindak demikian.
“Anwar ditekan Anwar mendapat berbagai-bagai tentangan yang memeningkan kepala dia dan dia tidak tahu mahu meletakkan dirinya sekarang dan saya rasa merasa diburu dengan rasa tidak yakin dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.
Isu surat Dr Yusuf didedahkan oleh bekas ahli PKR Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa telah menerima salinan surat berkenaan pada 2 Mac lalu yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Kandungan surat tersebut antaranya mendakwa ulama itu menyatakan sokongan kepada Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan.
PAS dalam masa sama lebih selesa mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai calon perdana menteri kerana yakin bahawa parti yang dominasi kemenangan kerusi pilihan raya perlu diberi peluang untuk melantik wakil calon nombor satu negara.
Akar umbi PAS pada muktamar parti itu sebelum ini mencadangkan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.
Sehubungan itu Dr Hasan berkata seolah-oleh melalui penglibatan ulama luar negara Anwar yakin akan dapat mengubah keputusan PAS dan tanggapan buruk akibat masalah moral yang semakin membelit dirinya.
“Sebab itu saya kata dengan cara rescue ialah ulama tersohor di dunia, ulama Malaysia sahaja tidak cukup sebab itu dia menggunakan Yusuf Qardhawi untuk mengemukakan satu surat persoalannya adakah surat itu surat sahih,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment