Monday, April 15, 2013

LAJNAH TATATERTIB PAS PERLU BERPERANAN

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan ,  Lajnah Tatatertib Pas yang diketuai Datuk Wan Mutalib Embong perlu melihat sekiranya wajar atau tidak  kes tersebut dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti.

Pas mempunyai mekanisme sendiri untuk mengatasi segala masalah, kita mempunyai pelbagai lajnah dan setiap lajnah mempunyai manual kerjanya sendiri. Contohnya Lajnah Tatatertib, di situ kalau wajar diambil tindakan, teruskan.
"Saya tiada kena-mengena dengan lajnah itu tetapi mereka lebih peka dan tahu kerja mereka, kalau perlu tindakan, mereka perlu buat, jika tidak berbaloi dilakukan, tidak ada faedah, maka mereka perlu ambil langkah tunggu dan lihat," kata Dato Harun Din.

Penyebaran video seks itu yang menyebabkan pemimpin dan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi membuat desakan secara berterusan kepada Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian tegas berhubung kedudukan Mustafa," ulas beliau.

Organisasi Pas amat menyeluruh dan beliau yakin terdapat pihak yang kini melihat kes Mustafa itu memandangkan kes tersebut dapat memberi kesan kepada kelangsungan parti terutama dalam pilihan raya umum akan datang," Tegas Harun Din. 
"Saya juga menasihatkan orang lain di luar Lajnah Tatatertib jangan campur tangan kerana setiap orang ada tugas dan buat kerja tersebut," ujarnya.

 Haron Din juga mengesahkan beliau akan bertanding merebut kerusi Parlimen Arau dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya sudah menolak dengan pelbagai alasan tetapi Pas Perlis tetap dengan keputusan meminta saya bertanding.

"Saya terima dan buat keputusan, kalau tiada aral melintang, atas izin Allah SWT, saya akan mengikut arahan dan bertanding di Arau," katanya.






No comments:

Post a Comment