Sunday, April 14, 2013

KALAU UMNO KAMI DEDAH, PARTI SENDIRI KAMI BUAT TERTUTUPLAH

Pas akan membincangkan secara 'tertutup' isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi buat masa ini pihaknya mahu memberi tumpuan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kita anggap isu ini untuk alih perhatian, untuk menimbulkan fitnah, tak perlu nak bincang sangat sebab takut akan jadi budaya.

"Kita akan bincang dan itu tindakan dalaman, setakat ini kita tak ada keputusan lagi.

"Kita akan bincangkan dalam parti sahaja, tak perlu dihebohkan kepada sesiapa termasuk media," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Barisan Nasional menyatakan tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan video seks agar mengundur diri daripada bertanding pada PRU13 tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk selesaikannya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

No comments:

Post a Comment