Friday, April 26, 2013

AGAMA ISLAM TETAP DI PERTAHANKAN


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak akan sesekali mengorbankan prinsip Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik seperti dilakukan pembangkang.
\
Mengambil contoh sokongan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan pertikaian status syahid wira negara yang terkoban di Sabah oleh pembangkang, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku kerana pihak lagi satu lebih mengutamakan politik daripada kebenaran.

''Dalam isu kalimah Allah, kita pertahankan agama, kita tidak berdolak-dalik dalam hal ini. Kita tak main politik walaupun ada orang kata rugi kalau tidak ketepikan prinsip tersebut bagi meraih undi.

''Bagi saya kebenaran itu tetap kebenaran. Kita tidak boleh lari daripada mencari kebenaran kerana akhirnya Allah akan memihak kepada mereka yang meneruskan perjuangan berdasarkan kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pembangunan Ummah peringkat negeri yang turut dihadiri tetamu khas, Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu kata Najib, keputusan beliau mengangkat manifesto sebagai aku janji dibuat berlandaskan tuntutan Islam seperti mana yang disebut Allah dalam surah al-Israa ayat ke-34.

Menurut Perdana Menteri, dalam ayat tersebut janji dituntut untuk disempurnakan sama ada dengan Allah atau manusia.


No comments:

Post a Comment