Friday, July 12, 2013

JARAK NABI ADAM AS DAN NABI MUHAMMAD SAW

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara mlar . Lama sungguh saudara tidak mengunjungi kami di sini , lantaran itu ada baiknya kami ucapkan : “ Selamat Bertemu Kembali di al-Ahkam. Online “ . :blowingup
Pengetahuan mengenai jarak masa di antara Baginda Nabi Adam a.s dengan Baginda Rasulullah s.a.w sebenarnya bukanlah satu perkara fardhu ‘ain , malahan tidaklah menjadi apa-apa kesalahan jika seseorang Islam tidak mengetahui mengenainya . Bukankah lebih baik ditumpukan permasalahan kepada topik-topik yang lebih perlu diberikan keutamaan ( priority ) ? .
Namun sekadar berkongsi maklumat , maka berikut ini adalah jawapannya :
Para ulama’ rh , khasnya mereka yang mendalami Ilmu Sejarah dan Ilmu Sirah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak bersepakat di dalam masalah berapakah jarak masa di antara Baginda Rasulullah s.a.w dengan Bapa segala manusia ; Baginda Nabi Adam a.s . Akan tetapi yang paling benar ataupun yang paling hampir dengan kebenaran ialah : Paling kurang jarak masa di antara kedua-duanya a.s adalah 5000 tahun dan paling tinggi ialah 6000 tahun . Dan pendapat ini disandarakan kepada Saidina Ibnu ‘Abbas r.a .
Hanya Allah Ta’ala sahajalah mengetahui mengenai segala perkara dan lebih-lebih lagi di dalam perkara yang tidak diperincikan di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .
Sumber : Jawapan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi
( M.A Ilmu Hadist ~ al-Azhar asy-Syarif )
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab

No comments:

Post a Comment