Thursday, March 7, 2013

UMNO BAWA 10000 ORANG PATI UNTUK BERPERANG ...???


MALAYSIA DIUGUT SUPAYA TUNDUK KEPADA ASKAR ASING! #LahadDatu




Akhirnya, Nur Misuari tidak dapat menafikan lagi penglibatan beliau di dalam pencerobohan di Sabah.

Laporan terbaru adalah seperti di bawah :

MANILA – Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita.

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.seterusnya
Kenyataan Nur Misuari ini bercanggah dengan kenyataan awal beliau yang mendakwa tidak terlibat di dalam pencerobohan di Sabah.


Malah, ugutan sedemikian dianggap tidak bertanggungjawab kerana Malaysia berhak untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Ugutan beliau itu pula dianggap meneguk di air yang keruh kerana beliau sebenarnya dilihat gagal untuk mengawal askar-askar beliau untuk turut serta di dalam pencerobohan itu.

Dan apabila pihak pengganas itu bertindak bodoh melancarkan serangan ke atas pihak berkuasa negara, kita tidak ada pilihan lain selain daripada mempertahankan negara ini.

Nur Misuari juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah  dan tiada kredibiliti kerana turut gagal menyakini puak pengganas semasa proses rundingan di awal konflik di Sabah.

Dan sekarang, pemimpin yang pernah berjumpa dengan Anwar Ibrahim ini mahu mengugut negara kita pula.

No comments:

Post a Comment