Friday, March 8, 2013

ELAK PERSENGKETAAN



Orang Islam disuruh dengan tegas dan jelas, berkali- kali supaya bersaudara dengan orang Islam lain, bahkan berbaik-baik dengan orang yang bukan Islam jika mereka tidak bermusuh dengan orang Islam, jika mereka ingin berdamai dengan orang Islam. Yang tidak disukai oleh agama Islam, yang kedatangan agama Islam berjaya menghapuskan, ialah permusuhan secara berkekalan antara kelompok-kelompok atau kabilah-kabilah yang terlalu taksub dengan kumpulan mereka atau pemimpin mereka.Kelompok-kelompok inilah yang dikatakan kumpulan assabiah, kerana terlalu taksub dengan puak mereka sehingga mereka tidak boleh berbaik-baik, turun-temurun walaupun sebab mereka bermusuh sudah tiada siapa di antara mereka yang tahu atau ingat lagi. Hanya yang mereka tahu ialah mereka adalah daripada kumpulan yang bermusuh. Dengan itu perhubungan antara mereka tidak boleh dipulihkan selama-lamanya. Kedatangan Islam berjaya menghapuskan kesetiaan yang keterlaluan di kalangan kumpulan-kumpulan ini buat beberapa abad. Tetapi ia telah muncul semula dalam dunia Islam.

No comments:

Post a Comment