Sunday, March 10, 2013

ANGGOTA KITA CEDERA DI SERANG

Kak Yong Shariena II
Ops daulat memasuki hari keenam dan dua anggota pasukan keselamatan telah cedera ditembak peceroboh dalam satu kejadian berbalas tembakan di Tanjung Batu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian tersebut yang bermula dari 8 malam hingga 4 pagi tadi (Sabtu).

Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan dalam insiden terbabit.

Kata beliau, kedua-dua anggota yang berumur 25 tahun itu sedang mendapat rawatan dan akan dihantar ke Hospital Sandakan.

Sementara itu, Hamza juga memberitahu jumlah mereka yang ditahan kini telah mencecah 85.

Katanya , keadaan di Lahad Datu kian pulih dan menasihatkan orang ramai supaya jangan mempercayai khabar angin.

Dalam masa pemeriksaan dibuat terdua dua lagi pengganas lari melalui semak dan pihak keselamatan membuat tembakan dan mendapati seorang pemuda berumur 30an cedera dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia.

Tembakan itu terpaksa dibuat kerana mereka cuba lari melalui semak tanpa nampak kelibatnya.

Pihak Polis tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana mereka memasuki dalam kawasan pertempuran.


Kak Yong Shariena II

No comments:

Post a Comment