08-08-2012
Kenyataan Akhbar
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional
Pemuda BN sedar bahawa dalam
lanskap politik hari ini, persepsi tidak dibentuk hanya melalui media
konvensional, portal berita dan blog, tetapi kuasa pembentukan persepsi turut
dikongsi oleh platform media sosial lain seperti facebook dan twitter. Bukan
sahaja maklumat dan fitnah dapat dikongsikan melalui pelbagai bentuk bahan
multimedia, malah ia juga dapat disalurkan dengan begitu pantas, melibatkan jumlah
penyebar dan penerima yang begitu ramai sekali serta sukar dikesan. Menyedari
kompleksiti penggunaan media siber dalam pembentukan persepsi pada hari ini, saya suka untuk mengumumkan satu lagi produk
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, iaitu Pasukan Siber atau CyberTeam Pemuda
Barisan Nasional.
Tujuan utama penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini adalah
untuk menyatukan
segala sumber bakat, tenaga dan fikiran yang ada di kalangan anggota Pemuda BN
dan juga pihak yang bersimpati dengan perjuangan BN; dan mengkoordinasi gerak
kerja siber agar makumat-maklumat
berkenaan dasar, program dan fakta sebenar dari pihak kerajaan dapat
disampaikan dengan berkesan seterusnya membantu kempen BN dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Keahlian CyberTeam Pemuda BN terbuka kepada
semua sukarelawan siber pro-BN dan pro-kerajaan, lelaki dan wanita dari semua
peringkat umur, dari pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang, di kalangan
penulis, penulis blog, pengendali vlogg, pengendali portal, pengendali media
sosial, penggiat multimedia kreatif, kartunis dan sesiapa sahaja yang percaya
bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
melaksanakan tugas yang baik dan wajar diberi mandat untuk terus memimpin
negara.
Bagi menghadapi PRU13 ini, melalui penubuhan CyberTeam
Pemuda BN, beberapa program telah dirangka, iaitu bermula dengan pelancarannya
jentera ini hari ini, disusuli dengan Makmal Pendampingan Siber Pertama
melibatkan CyberTeam Pemuda BN Pusat, Makmal Pendampingan Siber Kedua
melibatkan CyberTeam Pemuda BN di peringkat negeri dan Simulasi
Pendampingan Siber PRU-13 dalam bulan September.
Pasukan ini akan diketuai oleh saudara Tun Faisal
Ismail bin Aziz dan akan dibantu oleh saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan
semua Ketua Penerangan atau Unit Media Sosial sayap Pemuda Parti-Parti
komponen.
Pemuda BN sedar bahawa usaha untuk mendampingi
seramai mungkin anggota masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja
siber yang berkesan bagi menghadapi PRU13 amat penting. Pemuda BN juga sedar
bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang mahu menyokong dan menyumbang
untuk BN di ruang siber. Melalui CyberTeam Pemuda BN, saya berharap
kita akan dapat menarik bakat-bakat baru di kalangan anak muda yang menyokong
BN di luar sana. Apa yang mengkagumkan, walaupun bukan merupakan ahli mana-mana
parti di dalam BN, mereka begitu komited mempertahankan BN. Mereka sanggup
melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan
kedudukan BN terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda. Melalui
penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini, Pemuda BN berharap ia akan membolehkan
penggerak siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya
memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.
Bakat-bakat baru ini dapat memberi sumbangan kepada
CyberTeam Pemuda BN dalam bentuk
buah pemikiran strategik, idea, arikel, kartun, video, vlog dan segala
kepakaran sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains,
undang-undang mahu pun apa saja bidang kemahiran yang dimiliki. Sumbangan yang
diberikan tidak hanya tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan tadi, tetapi
sesiapa sahaja tetap mampu untuk memberi sumbangan yang berharga dalam bentuk
‘Like’ di Facebook Fan Page, Retweet di Twitter atau berkongsi dan menyebarkan
segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.
Untuk
menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh
mendaftarkan diri dengen menyertakan butiran peribadi ke email byycyberteam@gmai.com atau melalui :-
Justeru,
saya ingin menjemput kesemua penggiat media siber, bakat-bakat dalam bidang
kreatif atau professional serta sesiapa sahaja yang ingin menyumbang idea, masa
dan tenaga untuk bersama-sama menyertai dan menggerakkan CyberTeam
Pemuda BN.
Siapa kami…?
·
BN Youth Cyber Team (BNYCT)
yang ditubuhkan 8 Ogos 2012, terdiri dari anak muda yang bergiat aktif dengan penggunaan
media siber dan bakat-bakatkreatifdarikalanganPemuda BN, masyarakatprihatin
yang pro-BN dan pro-kerajaan.
Siapa
kami perlukan sebagai pasukan BNYCT…?
·
Anak muda yang mempunyai bakat
dalam pelbagai bidang dari seluruh Negara.
Misi kami…?
·
Mencari dan mengumpulkan seramai
mungkin anak muda yang bergiat aktif dengan media siber dan mereka yang
berbakat dalam menghasilkan karya kreatif darikalangan Pemuda BN, masyarakat prihatin
yang pro-BN serta pro-kerajaan.
·
Bergerak dalam koordinasi yang lebih tersusun dalam menyampaikan maklumat
berkaitan dasar, program sertafaktadaripihak BN dankerajaanagar ianya Berjaya disampaikan
dengan lebih berkesan kepada rakyat Malaysia seterusnya bertindak sebagai jenterasiber
BN dalam PRU13.
Apa yang
bolehandasumbangkanjikamenyertai kami…?
·
Buah pemikiran strategik, idea
hebat, artikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran anda samaada dalam bidang
ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undangmahu pun apa saja bidang yang
anda mahir mengenainya.
·
Jika anda merasakan anda tidak memiliki
kriteria yang dinyatakan, anda tetap mampu menyumbang sesuatu yang berharga iaitu ‘Like’facebook fan page, Retweet, atau berkongsi
danmenyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat
Malaysia.
Bagaimanainginmenjadisebahagiandari
kami…?
·
Jika anda ialah penulis blog,
pengendali vlog, penggiatfacebook, twitter danpengamal media sosialsemasa yang
terdiri dari Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN ataurakyat Malaysia
yang sentiasa menyokong dan mempercayai segala usahakerajaan yang dipimpin oleh
Datuk Seri NajibTunRazak dan yakin beliau wajar diberikan mandate menerajui negara
maka andaamat dialu-alukanmenyertai kami denganhanyamenyertakanbutir-butir diri
seperti tertera kepada alamat emelbnycyberteam@gmail.com
I.
`like’ 3 Facebook utama
BNYCT yang terdiri dari bahasa Melayu, Chinese dan Tamil : http://www.facebook.com/pages/BNYouth-CyberTeam/375764869127573
IV.
Ikuti portal kami : http://bnycyberteam.blogspot.com
V.
`subscribe’ saluran youtube:
Kelebihan jika anda menjadi sebahagian
daripada kami :
·
Menerima maklumat berguna dan fakta
untuk menentang hujah pihak lawan.
·
Ruang untuk anda berkongsiartikel,
karya, video, vlog atau segala kebolehan anda dengan semua sahabat sukarelawan Pemuda
BN (BNYV) danmasyarakat khususnya.
·
Berpeluang menambahkan kenalan,
berkongsi idea bersama barisan pejuangsiber yang lain.
·
Berpeluang menyertai program
dan aktiviti kemasyarakatan anjuran sukarelawan Pemuda BN serta menjadi sebahagian
dari pada jentera siber BN dalam PRU13.
Kenapa anda perlu memilih untuk bersama
kami…?
·
Kerana anda percaya kerajaan sedia
ada telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin untuk anda.
·
Kerana anda yakin dengan gagasan
‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan’ idea YAB
PerdanaMenteriDatuk Seri TunRazak.
·
Kerana anda menyokong Program
Tranformasi Kerajaan, Program Tranformasi Ekonomi, NKRA yang dilaksanakan dan NKEA yang diberikan tumpuan oleh
kerajaan sekarang.
·
Kerana anda percaya dan yakin bahawa
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa perubahan dan pembangunan
kepada Negara.
·
Kerana anda saying dengan PerdanaMenteri
yang sentiasa menepati janji dan mesra serta bersikap terbuka dalam mendengar pandangan
golongan muda.
·
Kerana andamahukan perpaduan keamanan
dan kestabilan.
No comments:
Post a Comment