Saturday, May 12, 2012
PERHATIKAN DENGAN MATA HATI YANG TAJAM.
KONSPIRASI KUASA ASING UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN SYRIA.
Amerika dan sekutu rapatnya Israel bersungguh sungguh dalam usaha menjatuhkan kerajaan Syria yang di pimpin oleh Basyir Al Asad.
bermacam-macam propaganda dilakukan untuk menghancurkan sebuah lagi negara Islam. Mereka memberi bantuan dari segenap sudut untuk segelintir pemberontak untuk melancarkan peperangan kepada kerajaan pimpinan Al asad. Yang sangat menambahkan kesaangsian ini ,setelah menrosakkan reputasi Al Asad, dua jeneral tentera Syria meninggalkan negara itu untuk menyokong pemberontak menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad di Damsyik.
Perkembangan itu menjadikan jumlah pegawai kanan tentera Syria berpaling tadah kepada sembilan orang sejak revolusi rakyat tercetus tahun lalu.
Keadaan situasi ini sekarang bagi saya, sangat cemas dan merbahaya.
Apa saja pergolakan disana , akan memberi kesan kepada negara kita.
Bukan niat untuk menakutkan , tapi itulah realiti zaman ini.
Kita kena sedar...kita berada di penghujung zaman. Kita umat akhir zaman. Penindasan dan kezaliman terhadap Islam dan umatnya berada di kemuncak. Persediaan mental dan fizikal bagi umat Islam akan datang perlu dan wajib di usahakan sekarang...., kita kena sediakan pelapis yang akan mempertahankan agama , bangsa dan ummah, kerana kita tiada masa untuk bersuka ria lagi.
Sekarang adalah masa untuk kita fikir keselamatan ummah. KITA PERLU BERUBAH ..ATAU KITA AKAN DIUBAH...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment