Friday, April 27, 2012

PAS YANG SEBENARNYA MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU.

 Bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu sebagai pengganti Malayan Union, kita telah menubuhkan Negara Malaysia yang lebih besar bersama-sama dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Tidak ada kekerasan yang digunakan untuk menyatupadukan negeri-negeri ini -- hanya diplomasi dan rundingan di meja oleh sebuah Kerajaan yang dipimpin oleh parti yang dianggap tidak berpengalaman dalam bidang rundingan yang mempunyai sensitiviti kedaerahan, kaum dan agama.


 Apabila kita dapati Singapura dan kepimpinannya tidak lagi sesuai dengan semangat persekutuan dan sikap tolak-ansur antara kaum, tanpa banyak masalah kita telah memberi kemerdekaan kepada Singapura.


 Sesudah terbentuknya Malaysia, masalah yang terus dihadapi ialah hubungan antara kaum yang terpisah di antara satu sama lain, yang tinggal berasingan, terlibat dalam fungsi ekonomi yang berlainan dan dengan itu berbeza daripada segi kekayaan harta benda, budaya dan persepsi dunia (world view).


Pada tahun 1969 berlaku rusuhan kaum yang telah lama diramalkan oleh pemerhati-pemerhati asing. Peramal-peramal ini gembira dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 kerana mereka percaya Malaysia akan hancur, tidak aman dan tidak selamat. Malaysia, kata mereka tidak mungkin dibangun dan dimajukan. Orang Melayu yang berkuasa melalui PAS tetap akan mengadakan pemerintahan yang zalim yang akan merampas harta kepunyaan bukan Melayu. Menurut mereka tidak ada masa depan bagi Malaysia. Seperti juga dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan, `natives` atau penduduk asal, akan memusnahkan apa yang kononnya dibangun dan dimajukan oleh penjajah di zaman kolonial dahulu.


 Tetapi sekali lagi  PAS  membuktikan kebijaksanaannya. Tidak ada rampasan yang dilakukan tetapi dibentuknya Dasar Ekonomi Baru dan dengan membesarkan kek ekonomi, Bumiputera memperolehi hak mereka tanpa merampas hak bukan Bumiputera.


Dengan itu berlakulah pembangunan negara yang berterusan dan pesat dalam suasana aman dan harmoni. Bumiputera dan bukan Bumiputera mendapat nikmat yang banyak. Rata-rata jelas kelihatan kemakmuran yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa. Mereka yang meramalkan Malaysia akan hancur terpinga-pinga melihat apa yang dipanggil oleh mereka `the Malaysian economic miracle` atau keajaiban ekonomi Malaysia.


 Pembangunan ini membawa perubahan yang ketara dalam masyarakat Melayu dan Bumiputera lain. Yang pertama, kaum yang biasanya tinggal di kampung dengan budaya dan adat resam kampung telah berhijrah beramai- ramai ke bandar.


ps:
(fakta sejarah sengaja den ubah sebab pakatan kan nak UBAH, lagipun kata orang PAS , sejarah tanah melayu diubah UMNO...jadi kita buat yang tipulah..hhehehe).

No comments:

Post a Comment